top of page
  • Writer's pictureBait Al-Amanah

20 Perkara Johor No. 1

*Gambar dipetik daripada Astro Awani

Johor No.1

  1. Johor merupakan negeri Melayu pertama yang mempunyai undang-undang tubuh dan mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. Malah, Johor juga negeri pertama yang mempunyai jemaah menteri dan tentera sendiri.

  2. Johor penerima pelaburan dalam sektor pembuatan tertinggi di Malaysia selama 5 tahun berturut-turut.

  3. Tahun 2016, jumlah yang diterima adalah 3 kali ganda Selangor dan 6 kali ganda Penang.

  4. Pada tahun 2017, jumlah yang diterima adalah 2 kali ganda Penang dan 4 kali ganda Selangor.

  5. Dan saiz KDNK Johor kini melepasi RM100 billion.

  6. Johor mempunyai skim rumah mampu milik (RMMJ) terbanyak dan termurah di Malaysia. Sebanyak 16 ribu unit siap dibina dan diserahkan sehingga 2017 dan keseluruhan 100 ribu unit akan disiapkan menjelang 2023.

  7. Industri perabot terbesar.

  8. Kelapan terbesar di dunia

  9. Ketiga terbesar di Asia

  10. Pertama terbesar di Malaysia bernilai 7.29 billion

  11. Johor adalah negeri yang mempunyai industri nurseri atau semaian terbesar. Hasil penjualan industri ini mencecah RM300 juta.

  12. Johor adalah pengeluar terbesar sektor perikanan ikan hiasan, kupang dan tumbuhan akuatik.

  13. Peratusan tanah rizab Melayu di Johor adalah seluas 555,527.859 hektar bersamaan 30% keluasan negeri Johor, dan ini adalah yang tertinggi di negara.

  14. Johor mempunyai kemudahan dan tahap kesejahteraan desa terbaik di Malaysia.

  15. Negeri pertama yang mempunyai pemetaan digital bagi jalan-jalan kampung di Malaysia, sepanjang 4 ribu km.

  16. Felda Lok Heng di daerah Kota Tinggi merupakan pemenang anugerah Felda Tercantik di Malaysia

  17. Johor adalah negeri yang mempunyai skim perlindungan dan kebajikan muallaf terbanyak dan paling pelbagai di Malaysia, dengan 8 skim perlindungan.

  18. Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah yang pertama mengedar bantuan baitul mal kepada bukan Islam.

  19. Sekolah Agama Kerajaan Johor adalah institusi pendidikan menengah yang sistematik dan terbanyak di negara ini. Malah, Sekolah Agama Kerajaan Johor merupakan sekolah agama pertama di Malaysia yang memperkenalkan pembelajaran menggunakan iPad.

  20. Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang

  21. Maahad Johor Tahfiz, Johor Bahru

  22. Sekolah Agama Bandar, Johor Bahru

  23. Sekolah Agama Al Imtiyaz, Kota Putri

  24. Johor adalah negeri pertama yang mempunyai taska OKU Pekak, di Bukit Senyum.

  25. Johor adalah negeri yang mempunyai Sekolah Jenis Kebangsaan Cina terbanyak di negara.

  26. Johor adalah negeri pertama yang mewajibkan pengambilan kakitangan berbangsa India di setiap PBT.

  27. Johor mempunyai 22 klinik waqf dan 25 hospital swasta. Dan klinik waqf Johor juga terdapat di seluruh negara termasuklah di Selangor.

  28. Johor adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai 3 pelabuhan.

  29. JDT adalah kelab bola sepak pertama yang berjaya menjuarai AFC.

  30. Johor adalah negeri yang mempunyai rangkaian perkhidmatan bas percuma terbesar dan terbanyak di Malaysia, dengan peruntukan 15 kali lebih tinggi daripada Selangor dan Pulau Pinang,

  31. Muar merupakan bandar terbersih di Asia Tenggara pada tahun 2017.

  32. Johor mempunyai 109 buah institut Latihan Kemahiran awam dan swasta. Tertinggi di Malaysia.

6 views0 comments
Post: Blog2_Post
bottom of page