Pembentukan Kabinet di bawah pentadbiran YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah lengkap. Kini semuanya sudah memulakan tugas.
Persoalan yang perlu diketengahkan adalah bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kabinet baru ini akan menerajui Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang? Bagaimanakah persepsi terhadap pembentukan Kabinet serta rombakan awal beberapa Kementerian? Dalam jangka masa panjang, apakah dasar ekonomi yang perlu diutamakan untuk memacu pertumbuhan mampan negara?
Saksikan ulasan penuh Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi (Penganalisis Sosiopolitik Universiti Malaya dan Felo Penyelidik Bersekutu Bait Al Amanah) dan Benedict Weerasena (Pengarah Penyelidikan Bait Al Amanah) dalam sesi Skop Malaysia Gazette.
Comments