Ke Arah Kemapanan Pasir Gudang
Selaku penduduk Pasir Gudang, saya sentiasa terpanggil dan mengikut rapat perkembangan insiden pencemaran berulang di kawasan ini. Isu ini nampaknya belum selesai. Dan tidak kelihatan akan selesai dalam masa terdekat. Sedangkan pencemaran di Pasir Gudang adalah serius dan sudah mencapai tahap yang boleh mengancam nyawa. Yang sangat mengecewakan adalah apabila sehingga kini kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan masih tidak memberikan sebarang jaminan bahawa Pasir Gudang