Belanjawan 2022: Adakah Nasib Pelajar-Pelajar Kita Terjamin?
Oleh Fariq Sazuki, Ahli Ekonomi dan Mohd Daud Mat Din, Pengarah Penyelidik, Bait Al-Amanah Belanjawan 2022 merupakan sebuah percubaan meletakkan rakyat sebagai fokus selari dengan semangat tema Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera. Setelah hampir dua tahun rakyat mengalami kemerosotan ekonomi serta tekanan keperitan hidup, Belanjawan 2022 dirangka dengan menggunakan jumlah peruntukan tertinggi dalam sejarah negara. Ini dilakukan untuk memastikan proses pemulihan kualiti hidup