top of page
  • Writer's pictureBait Al-Amanah

Seminar tanda solidariti Kashmir


Demonstrasi dilakukan aktivis di Lahore sempena Hari Solidariti Kashmir. FOTO AFP


*Disiarkan semula daripada Harian Metro.


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Malaysia mengadakan seminar bagi memperingati Hari Solidariti Kashmir hari ini yang masih berkrisis sehingga kini.


Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, Pengarah Bait Al Amanah, Dr Abdul Razak dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus turut dijemput dalam seminar itu sebagai ahli panel.


Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Amna Baloch membacakan perutusan daripada Perdana Menteri Pakistan Imran Khan yang menekankan bahawa kekejaman berterusan di Kashmir yang diduduki India mencerminkan agenda anti Muslim.


Beliau menyeru masyarakat antarabangsa untuk memastikan India bertanggungjawab atas jenayah kekejamannya di Kashmir.


Sementara itu, Mohd Azmi dalam ucapannya menggariskan bahawa pertikaian Kashmir tidak berbeza dengan pertikaian Palestin, sebaliknya ia adalah yang paling teruk kerana beberapa dekad berlaku kekejaman secara terang-terangan oleh pasukan keselamatan India.


Abdul Razak pula dalam ucapannya mengetengahkan hak asasi manusia di mana berlaku pelanggaran oleh pasukan keselamatan India di Kashmir yang diduduki India.


Beliau menegaskan keadaan semasa di Jammu dan Kashmir yang diduduki secara tidak sah (IIOJK) menimbulkan ancaman kepada keamanan Asia Selatan dan menggesa masyarakat antarabangsa dan kerajaan Malaysia untuk memainkan peranannya mencari penyelesaian damai berkaitan pertikaian Kashmir.


Hasanuddin pula menegaskan supaya menggunakan medium media sosial bagi memaparkan kekejaman India dalam pendudukannya di Kashmir dan berjanji akan terus bersuara memperjuangkan hak warga Kashmir.


Pameran foto yang menggambarkan pencabulan hak asasi manusia di Kashmir juga diadakan pada seminar itu di mana peserta terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli politik, Ahli Parlimen, ulama, ahli akademi, pelajar, wakil media dan rakyat Pakistan.



10 views0 comments
Post: Blog2_Post
bottom of page