top of page
  • Writer's pictureBait Al-Amanah

Segmen Awani Pagi: 'Etnik Muslim Uyghur Ditindas China: Benar atau Tidak?' bersama Dr. Abdul Razak

Updated: Jan 19



Isu penindasan etnik minoriti Uyghur di Xinjiang kian hangat menular di media sosial dan layanan tidak berperikemanusiaan ke atas etnik itu mengundang kecaman bertubi-tubi masyarakat dunia. Bagaimanapun, Beijing menidakkan dakwaan berkenaan dengan mengatakan ia hanyalah propaganda semata-mata. Menerusi segmen Awani Pagi, Dr. Abdul Razak Ahmad, Pengarah Pengasas Bait Al Amanah ditemu ramah untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang keadaan sebenar di Xinjiang dan peranan Malaysia dalam isu ini.


Pengamalan agama, budaya dan bahasa yang mempunyai perbezaan ketara dengan rakan senegara yang lain menjadi salah satu sebab etnik Uyghur ditindas di negara itu. Menurut Dr. Abdul Razak Ahmad, Kerajaan Cina bertindak mewujudkan kem tahanan atas nama 'pusat pendidikan dan vokasional' sebagai satu usaha sistematik untuk menghapuskan identiti etnik tersebut dan akhirnya membentuk kelompok yang mengamalkan prinsip hidup yang seragam dengan bangsa Cina yang lain.


"Dalam usaha memastikan aliran perdagangan dan pelaburan yang menggalakkan dengan negara Cina, Malaysia tidak boleh kecundang dalam mempertahankan kepentingan umat Islam sejagat"

- Dr. Abdul Razak Ahmad, Pengarah Pengasas Bait Al Amanah


Kerajaan Malaysia perlu mempunyai pendirian yang jelas dan tegas. Sebagai anggota Majlis Hak Asasi PBB bagi penggal 2022 hingga 2024, Dr. Abdul Razak Ahmad berpandangan bahawa Malaysia seharusnya proaktif dalam mengetengahkan isu penafian hak asasi ini disamping bijak mengekalkan hubungan baik dengan negara Cina.


Beliau turut mencadangkan beberapa langkah untuk membantu etnik Uyghur antaranya memanfaatkan hubungan akrab UMNO dan Parti Komunis Cina (CCP), menubuhkan special envoy (wakil khas) dalam menyuarakan isu Islamofobia dan bekerjasama dengan negara-negara like-minded (berfikiran sama) seperti Turki dan Qatar.


Ikuti perbincangan penuh berkenaan topik ini di Youtube.









89 views0 comments

Recent Posts

See All

Written by Karisma Putera Abd Rahman and Nabiela Ismail, Research and Advocacy Analyst Malaysia and India have a long tradition of interaction. Recently, the Defence Minister of India Rajnath Singh em

Post: Blog2_Post
bottom of page