Versi Bahasa Malaysia
Seluruh negara kini menyaksikan tipu muslihat ahli eksekutif Parlimen yang membingungkan mengenai pembatalan Ordinan Darurat dengan penuh rasa jijik dan tidak percaya.
Ini adalah tindakan tidak bermaruah yang tidak boleh dimaafkan dan tidak boleh dilupakan. Tindakan ini merupakan satu pengkhianatan ke atas perintah tertinggi negara dan telah menunjukkan sejauh mana mereka yang berkuasa sanggup memutarbelitkan undang-undang, menghina perlembagaan, mengetepikan Institusi Diraja dan mengheret negara ke dalam kesulitan.
Dengan mengabaikan proses undang-undang Parlimen yang sewajarnya- terutama dalam hal-hal yang penting seperti pembatalan Ordinan Darurat – Perdana Menteri dan kabinet kerajaan pada dasarnya telah membelakangkan demokrasi dan mengabaikan sumpah jawatan mereka.
Masa depan kita dan demokrasi rakyat Malaysia telah dihina dan digadaikan oleh mereka yang telah bersumpah untuk setia berkhidmat dan melindungi negara.
Bait Al Amanah menyeru semua pihak yang terlibat untuk mengambil tanggungjawab, meminta maaf dengan sepenuh hati kepada rakyat, dan meletak jawatan agar kita sebagai sebuah negara dapat pulih semula.
Kita tidak boleh terus dipimpin oleh Kerajaan sedia ada. Malaysia berhak mendapat pemerintahan yang lebih baik.
Bait Al-Amanah 29Julai 2021
****************************************************************
****************************************************************
English Version
TIME TO RESTORE DEMOCRACY AND GOOD GOVERNANCE.
The whole nation watches in shock and disgust as the perplexing deceit of Parliament by the executives on the repeal of Emergency Ordinance unravels.
This is a shameless act that should not be forgiven and never be forgotten. It is a betrayal of the highest order and shows the extent the privileged people in power would go to bend the law, besmirch the constitution, side-line the Royal Institution and push the nation deep into peril.
By ignoring the due process of Parliament – especially in matters of significant consequence such as the repeal of the Emergency Ordinance – the Prime Minister and his cabinet has essentially undermined our democracy and abandoned their oath of office.
Our future and democracy have been disgraced, stepped on and stolen by the very people that have sworn to protect and faithfully serve the nation to the best of their ability.
Bait Al Amanah calls upon everyone involved to take responsibility, apologize wholeheartedly to the Nation, and gracefully make an exit from Government, so that we as a country could move on.
We cannot continue to be led by this Government anymore. Malaysia deserves better.
Bait Al-Amanah 29th July 2021
Comments