top of page
Writer's pictureBait Al-Amanah

Arus 2020: Malaysia Lemas dalam Globalisasi?

Kita sering dibelenggu dengan globalisasi yang sentiasa berubah pendekatannya. Petikan daripada mesyuarat tahunan World Economic Forum (WEF) melaporkan perdebatan perbezaan ketara antara pendekatan globalisasi dan globalisme. Globalisasi membawa maksud satu fenomena yang dipacu oleh teknologi dan pergerakan idea, manusia dan barangan. Globalisme pula digambarkan sebagai ideologi yang mengutamakan neoliberal global oder atas kepentingan negara.

Selain cabaran berkaitan revolusi perindustrian 4.0 dalam era globalisasi, pengembalian kedaulatan dalam dunia yang saling memerlukan kerjasama juga merupakan cabaran yang harus diberi tumpuan. Dari segi struktur sosial, integrasi fabrik sosial penting untuk mengekalkan demokrasi.

Kini, pengintegrasian pembangunan telah mencipta satu era globalisasi yang baharu. Namun apa yang penting, adakah pentadbiran antarabangsa, nasional dan tempatan dapat disesuaikan dengan masa.

Forum “Strategic Outlook: The Digital Economy” semasa mesyuarat tahunan WEF pada bulan Januari 2019 membincangkan beberapa perkara penting berkaitan impak sosial, keterangkuman (inclusivity) dan krisis kemahiran. Juga dinyatakan adalah empat sektor ekonomi dalam era globalisasi 4.0: digital health network, digital transportation network, digital energy network, dan digital manufacturing network.

Forum “Strategic Outlook: The Digital Economy” Sumber Gambar: Singapore Academy of Corporate Management

Dengan perkembangan globalisasi dalam pelbagai aspek, contohnya rangkaian 5G, impak sosial harus diberi tumpuan. Perancangan harus memberi fokus kepada kemanusiaan (human centric), keterangkuman, kemampanan, penglibatan tempatan dan antarabangsa pada masa yang sama.

Ekonomi digital yang kian diseru di Malaysia, secara langsung atau tidak telah mengubah cara kita melakukan sesuatu perkara; sejauh manakah keterbukaan dan penerimaan kita tentang pendekatan ini. Naratifnya bukan adakah kita mampu atau tidak, tetapi bersedialah Malaysia untuk ekonomi digital.

Masyarakat akan merasai kesan ekonomi digital daripada sesuatu yang meyakinkan kepada satu persepsi pesimis. Selain itu, masyarakat juga akan kurang yakin bahawa mereka akan mendapat manfaat daripada ekonomi digital.

Jika tidak diberi perhatian yang mencukupi, istilah “techlash” akan membawa kepada ketidaksesuaian penempatan tenaga buruh. Digitalisasi akan membuka pintu kepada isu kerahsiaan data (data privacy), krisis kemahiran dan masyarakat akan merasa kurang selamat.

Maka, adakah Revolusi Perindustrian 4.0 menyenangkan kehidupan kita atau sebaliknya?

Revolusi Perindustrian 4.0 *Sumber Gambar: Forum Ekonomi Dunia

Akan timbul sentimen masyarakat meletakkan lebih kepercayaan kepada ketua pegawai eksekutif sesuatu syarikat (pemimpin dalam sesuatu perniagaan) berbanding pegawai dalam sektor awam. Mengapa? Pemimpin dalam perniagaan lebih dipercayai. Maka, kerajaan sendiri tidak boleh menyelesaikan sesuatu perkara kerana ini memerlukan penyertaan yang lebih luas.

Taburan penempatan tenaga buruh yang tidak sekata dapat diselesaikan dengan mengurangkan kerumitan. Sebagai contoh, mudahkan kerja pekerja kilang dan bukannya gantikan mereka dengan teknologi atau robot. Namun, kita sedar bahawa perubahan landskap pekerjaan akan terjadi.

Krisis kemahiran membentuk jurang di mana tenaga pekerja tidak melihat mereka mempunyai kemahiran untuk masa depan. Beberapa perkara, jika diperhalusi, dapat memenuhi jurang ini.

Bukan hanya model pendidikan harus diperhalusi, bahkan juga model perantis (apprenticeship model). Ini dapat merapatkan jurang mereka yang sudah bekerja supaya melengkapkan diri dengan kemahiran tambahan. Kita harus membantu mereka supaya mempunyai kemahiran yang betul dan juga mereka yang tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi.

Globalisasi Pendidikan *Sumber Gambar: Kickstory

Bagi golongan belia, kemajuan ke arah teknologi harus diselaraskan dengan pendidikan di sekolah dan institusi pendidikan tinggi supaya mempelajari kemahiran digital dan mampu mendapat pekerjaan pada masa yang sama. Syarikat dengan kerjasama kerajaan boleh menyediakan sistem mentor dan latihan amali yang berkaitan.

Kerjasama global amat diperlukan supaya Malaysia dapat mempelajari amalan terbaik yang dapat diadaptasikan dalam era ekonomi digital. Kemajuan teknologi yang mempunyai infrastruktur bersesuaian akan mendatangkan manfaat.

**Artikel ini ditulis oleh Abel Benjamin Lim, Ahli Ekonomi Bait Al Amanah.

5 views0 comments

Hozzászólások


Post: Blog2_Post
bottom of page